Parti Rakyat Malaysia tanding PRK Port Dickson - Utusan Malaysia

Parti Rakyat Malaysia tanding PRK Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH 21 Sept. – Parti Rakyat Malaysia (PRM) akan menurunkan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson yang dijadual 13 Okt ini.

Presidennya, Mohd Hashim Saaludin berkata, setakat ini PRM mempunyai tiga bakal calon dan akan diumum selepas parti itu mengadakan mesyuarat kecil.

“Antara sebab PRM memutuskan untuk menyertai pilihan raya kecil ini adalah untuk membangkitkan isu rakyat dan mengingatkan kerajaan PH supaya menunaikan janji-janji manifesto mereka,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, Mohd Hashim berkata, pada masa ini juga pembangkang yang terbesar di Dewan Rakyat iaitu UMNO turut mengalami masalah dalaman.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan ialah Sabtu, 13 Okt. Hari penamaan calon 29 Sept manakala hari pengundian awal pada Selasa, 9 Okt.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan oleh penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, untuk membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat. Anwar baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan presiden PKR.

Dalam PRU14, Danyal Balagopal memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini