Yusof Haslam dapat anugerah OUM - Utusan Malaysia

Yusof Haslam dapat anugerah OUM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penerbit dan pe­ngarah filem ter­kenal, Datuk Yusof Haslam bakal dianugerahkan ijazah kehormat Doktor Falsafah sempena majlis konvokesyen Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini selama dua hari bermula esok.

Selain Yusof, pelakon Datuk Ahmad Tarmimi Seregar Kamaruddin juga akan menerima Anugerah Meritorious atas sumba­ngannya dalam pembangunan modal insan industri kreatif melalui pembelajaran sepanjang hayat.

Presiden dan Naib Canselor OUM, Prof. Datuk Dr. Mansor Sadzil berkata, seramai 2,500 graduan OUM akan menerima skrol masing-ma­sing pada majlis konvoke­syen kali ke-22 itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, majlis itu juga akan menyaksikan 54 pelajar Kolej Terbuka Antarabangsa (IOC) menerima ijazah masing-masing.

“Pada majlis itu, 294 graduan yang diraikan berasal dari enam buah negara dan tiga dari Sekolah Integriti Penjara Kajang. Kemuncak majlis itu ialah penganugerahan kepada Yusof dan Ahmad Tarmimi Siregar,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Tambahnya, OUM adalah peneraju pembelajaran terbuka jarak jauh yang menawarkan program pengajian daripada peringkat diploma hingga doktor falsafah dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan dan pengurusan, sains gunaan, pendi­dikan dan sains sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini