B-16 Malaysia berpesta gol - Utusan Malaysia

B-16 Malaysia berpesta gol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Sept. – Beraksi dalam hujan dan padang licin tidak menghalang skuad bola sepak Bawah 16 tahun negara (B-16) berpesta gol ketika menewaskan Taji­kistan 6-2 dalam kempen Kumpulan A Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B_16 yang turut menyaksikan Malaysia terpaksa bermain dengan 10 pemain.

Saingan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menyaksikan skuad bimbingan Lim Teong Kim selesa beraksi biarpun kehilangan seorang pemain selepas penjaga gol utama, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman dilayangkan kad merah pada minit ke-90.

Kata Teong Kim, dia bangga dengan kecemerlangan yang dipamerkan oleh pemainnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kehilangan penjaga gol tidak menjejaskan pasukan kerana kami mempunyai pemain gantian yang berkebolehan,” kata Teong Kim.

Dalam perlawanan tersebut, penyerang Luqman Hakim Shamsudin menghadiahkan empat gol buat skuad negara pada minit ke-30, 42, 46 dan 47.

Dua lagi jaringan pasukan B-16 negara diperoleh menerusi Muhammad Najmuddin Akmal pada minit ke-33 dan Aliff Mutalib pada minit ke-76 manakala gol Taji­kistan diperoleh hasil jaringan Sharifbek Rahmatov minit ke-72 dan Isroil Kholov ketika masa kecederaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini