Bilakah fenomena lompat parti 
akan berakhir? - Utusan Malaysia

Bilakah fenomena lompat parti 
akan berakhir?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERMULA dengan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), rakyat di­sajikan dengan fenomena seorang demi seorang ahli Parlimen yang bertan­ding atas tiket UMNO keluar dari­pada parti itu.

Drama keluar parti itu bermula dengan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Faisal dan diikuti Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk No­or Azmi Gha­zali.

Kemudian kelmarin, Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mus­tapa Mohamed dan semalam, Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman pula bertindak keluar parti dan pastinya sele­pas ini ada lagi pemimpin yang akan melakukan tindakan yang sama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Antara alasan klise yang diberikan oleh para pe­mimpin ini kepada rakyat yang memilih mereka adalah hala tuju UMNO selepas gagal dalam PRU-14 tidak lagi selaras dengan perjua­ngan mereka.

Sudah tentu fenome­na keluar parti ini akan disusuli dengan adegan pe­nyerahan borang kemasukan ke parti-parti lain sama ada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) atau DAP.

Sebenarnya wajar di­ta­nya kembali kepada para pemimpin yang telah dan bakal keluar par­ti, perjua­ngan mereka de­mi rakyat atau kelangsu­ngan politik sen­­diri? Ini memandangkan mungkin su­kar untuk se­se­­-
ora­ng yang pernah berada di tampuk kuasa hidup dalam keadaan serba kekurangan sebagai pembangkang.

Dalam tempoh yang tidak pasti sampai bila rakyat te­rus menjadi mangsa dan ter­pinga-pinga dengan permai­nan para pe­mimpin yang dipilih serta di­berikan undi pada PRU-14.

Situasi yang berlaku pada masa ini menjadi satu petanda bahawa sudah sampai masanya kerajaan menggubal undang-undang antilompat parti bagi memastikan kesetiaan dan integriti dalam politik.

Mungkinkah secara diam-diam kerajaan Pakatan Harapan (PH) merestui tindakan pemimpin yang saling keluar dan kemudian melompat parti ini?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini