Pemandu lori mengantuk maut terbabas - Utusan Malaysia

Pemandu lori mengantuk maut terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK – Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 110.8, Jalan Gerik-Kuala Kangsar-Pengkalan Hulu di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 4.50 pagi itu, mangsa, Yeong Swee Yin, 58, yang memandu lori membawa muatan ayam disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Ismail Che Isa berkata, sewaktu kejadian, mangsa yang memandu seorang diri sedang dalam perjalanan dari arah Gerik ke Pengkalan Hulu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian, lelaki itu percayai mengantuk sehingga lori yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar tembok simen di sebelah kiri jalan.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa tersepit di dalam kenderaannya dan mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat pagi semalam sebelum dituntut ahli keluarganya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini