[VIDEO] Najib disoal siasat lebih empat jam - Utusan Malaysia

[VIDEO] Najib disoal siasat lebih empat jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Sept. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, disoal siasat kira-kira empat jam di Pejabat Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di Menara KPJ, Jalan Tun Razak di sini hari ini.

Difahamkan, kehadiran Ahli Parlimen Pekan itu dibuat bagi membantu siasatan kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) berkaitan kemasukan wang RM2.6 bilion ke akaun peribadi beliau.

Najib dilihat beredar kira-kira pukul 1.35 petang tadi selepas hadir ke pejabat itu pukul 9.30 pagi dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Ipsum berwarna hitam dan diiring empat kenderaan polis serta dua peronda bermotosikal.

Memuatkan artikel berkaitan…

Belia kemudian akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur petang ini untuk pertuduhan di mahkamah tersebut.

Sebelum itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dalam kenyataannya hari ini berkata, penahanan Najib dibuat setelah pasukan tersebut mendapat persetujuan daripada Jabatan Peguam Negara.

Menurut Noor Rashid, Najib akan didakwa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur petang ini untuk proses pertuduhan oleh Timbalan Pendakwa Raya mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001. – UTUSAN ONLINE

Video oleh BASIR ABU BAKAR

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini