Penjara penjual arak tiruan, kenakan Cukai Dosa - Utusan Malaysia

Penjara penjual arak tiruan, kenakan Cukai Dosa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Sept. – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengawal penjualan arak dengan memperkenalkan hukuman penjara mandatori bagi mereka yang menjual alkohol campuran atau seludup dan mengenakan Cukai Dosa ke atas produk alkohol.

Selain itu, Presidennya, S. M. Mohamed Idris turut mencadangkan supaya tiada kedai alkohol dibenarkan berada dalam lingkungan 500 meter daripada kawasan perumahan, hospital, institusi agama dan pendidikan serta mengehadkan operasi kedai yang menjual alkohol dari pukul 1 hingga 9 malam sahaja.

Malah, kata beliau lagi, produk alkohol tidak seharusnya dijual di kedai Perwira Niaga Malaysia (Pernama), dijual secara bebas cukai termasuk di lapangan terbang dan kerajaan perlu mengharamkan sepenuhnya iklan alkohol.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami juga merayu kepada pembuat dasar supaya menggubal atau meminda undang-undang yang lebih ketat dan tegas bagi mengawal penjualan alkohol memandangkan sekarang kita boleh melihat kedai alkohol semakin banyak dibuka dan beroperasi dengan kawalan yang sedikit oleh pihak berkuasa.

“Rakyat Malaysia seharusnya mengambil berat mengenai isu yang melibatkan mereka dan bukannya mengambil sikap ‘tidak apa’,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini