PDRM tahan Najib di bawah AMLATFA 2001 - Utusan Malaysia

PDRM tahan Najib di bawah AMLATFA 2001

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini atas kesalahan pengubahan wang haram.

Beliau ditahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001 semasa memberi keterangan di Ibu Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman di Menara KPJ di sini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, kebenaran untuk melakukan tangkapan tersebut sudah diberikan oleh Pejabat Peguam Negara dan beliau akan dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur bagi akta yang sama hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebanyak 21 pertuduhan melibatkan AS$681 juta (RM2.81 bilion) antaranya, sembilan pertuduhan melibatkan penerimaan wang haram, lima pertuduhan membabitkan pengunaan wang haram dan tujuh pertuduhan berkenaan pemindahan wang haram kepada entiti lain.

“Tangkapan dan pertuduhan tersebut dilakukan dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini