GAZA 20 Sept. – Tentera Israel melepaskan tembakan ke arah kumpulan penunjuk perasaan di selatan Genting Gaza, semalam, membunuh seorang remaja Palestin.

Jurucakap kementerian kesihatan Gaza, Ashraf Al-Qidra berkata, Moamen Ibrahim Abu Eyada, 15, ditembak mati tentera Israel di timur bandar Rafah.
Bagaimanapun jurucakap tentera Israel berkata, beliau tidak mengetahui akan insiden itu. – REUTERS
Memuatkan artikel berkaitan…











