SPRM sahkan tahan Najib berhubung penerimaan dana RM2.6 bilion - Utusan Malaysia

SPRM sahkan tahan Najib berhubung penerimaan dana RM2.6 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan bekas Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes kemasukan wang RM2.6 bilion ke akaun peribadi beliau.

Menerusi satu kenyataan di sini hari ini, penahanan itu dibuat pada pukul 4.13 petang tadi di Ibu Pejabat SPRM di sini.

“Najib akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut kenyataan itu, Najib akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada pukul 3 petang esok untuk pertuduhan di mahkamah.
 
SPRM juga akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi merakam percakapan Najib sebelum beliau dibawa ke mahkamah esok.

“Ia bagi membantu siasatan pihak polis mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini