KUALA LUMPUR 19 Sept. – Ketika ramai pihak melihat UMNO kini dalam keadaan terumbang-ambing dan lemah akibat tindakan pemimpinnya keluar daripada parti, pandangan berbeza dilontarkan calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Soal MP Umno keluar parti:
Nasihat saya, jgn cepat buat kesimpulan. Tunggu semua maklumat. Semak semua.
Kalau dgn 1 ahli parlimen pun, belum tentu parti itu berkubur. Walau dituduh lemah, belum tentu ia betul2 lemah.
Cth: @KEADILAN – 2004 hanya 1 kerusi. 2018 parti terbesar.
— Rafizi Ramli (@rafiziramli) September 19, 2018
Rafizi menasihatkan semua pihak agar jangan terlalu cepat untuk membuat kesimpulan mengenai kedudukan UMNO berhubung perkara tersebut.
“Soal Ahli Parlimen UMNO keluar parti, nasihat saya jangan cepat buat kesimpulan, tunggu semua maklumat. Semak semua.
“Kalau dengan satu ahli Parlimen pun belum tentu parti tersebut berkubur, walau dituduh lemah belum tentu ia betul-betul lemah,” katanya menerusi akaun Twitter beliau, hari ini. – UTUSAN ONLINE











