Gagal buat pusingan U, dua maut - Utusan Malaysia

Gagal buat pusingan U, dua maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 19 Sept. – Dua lelaki maut selepas sebuah kereta jenis Mercedes terlibat kemalangan dengan sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki Versys di kilometer 65 dari arah Kota Tinggi ke Sungai Rengit, pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 11.23 pagi itu, penunggang motosikal. Muhammad Farid Mat Sambilan, 32, dan pemandu kereta, Shariff Abd. Karim, 73, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ahsmon Bajah berkata, siasatan awal mendapati punca kemalangan berlaku apabila kereta dipandu warga emas itu membuat pusingan U di tempat kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kedua-dua kenderaan dari arah yang sama itu berlanggar setelah pemandu kereta itu membuat pusingan U setiba di tempat kejadian.

“Tindakan itu menyebabkan pemandu motosikal terbabit gagal mengawal kenderaan lalu merempuh sisi kenderaan berkenaan. Pelanggaran yang kuat itu menyebabkan kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini