Polis tumpas geng samun barang kemas - Utusan Malaysia

Polis tumpas geng samun barang kemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENAMPANG – Geng Emas yang aktif melakukan kegiatan samun barang kemas didalangi dua pasangan adik-beradik di sekitar Putatan di sini tumpas dalam serbuan berasingan di sekitar daerah ini pada awal September lalu.

Kedua-dua suspek rakyat tempatan masing-masing berusia 30 dan 35 tahun ditahan di Kampung Pogunon dan Buhavan Square di sini pada 6 dan 7 September lalu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd. Haris Ibrahim berkata, kedua-dua suspek tumpas hasil risikan pasukan polis yang sering melakukan samun pada siang hari.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan mendapati kedua-dua suspek merupakan pasangan adik beradik aktif melakukan kegiatan samun di sekitar daerah ini sejak Oktober tahun lalu.

“Modus operandi geng berkenaan ialah menyasarkan kediaman mangsa pada siang hari ketika penghuni sedang bekerja,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di sini hari ini.

Menurut Haris, tangkapan itu menyelesaikan sebanyak 23 kes pecah rumah dan samun barang kemas melibatkan kerugian bernilai RM347,000.

“Sepanjang tangkapan, kita berjaya merampas pelbagai barang kemas bernilai RM35,000,” katanya.

Suspek juga bertindak melupuskan bukti di kedai pajak gadai di sekitar Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu dekat sini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan rumah serta Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan mencuri,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini