[VIDEO] Arak tiruan: Tiga premis ditutup - Utusan Malaysia

[VIDEO] Arak tiruan: Tiga premis ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Sept. – Tiga premis tanpa lesen perniagaan sah yang disyaki menjual arak tiruan ditutup dalam serbuan di Kampung Baru Sungai Buloh di sini hari ini.

Pengerusi Jawatan Kuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri, Ng Sze Han berkata, pihaknya memandang serius tentang masalah arak haram di negeri itu.

“Buat masa ini, kami masih lagi mengesan pemilik premis-premis ini. Mereka menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Satu mesyuarat akan diadakan dalam masa terdekat bagi memastikan kawalan terhadap arak tiruan lebih baik di negeri ini,” katanya ketika ditemui dalam serbuan tersebut hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini