137 pelajar daripada keluarga B40 ditawarkan pengajian di USIM - Utusan Malaysia

137 pelajar daripada keluarga B40 ditawarkan pengajian di USIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NILAI – Seramai 137 pelajar dari keluarga isi rumah berpendapatan rendah (B40) menerima tawaran melanjutkan pengajian peringkat Sarjana Muda di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui saluran kemasukan khas sesi akademik 2018/2019. 

Pusat Komunikasi Strategik USIM dalam satu kenyataan media berkata, kumpulan pelajar terbabit akan mendaftar sebagai mahasiswa USIM dalam pelbagai bidang pengajian di Dewan Tuanku Canselor USIM esok.

“Saluran kemasukan khas ditawarkan oleh USIM hanya kepada pelajar yang datangnya dari keluarga berpendapatan rendah iaitu RM3,000 sebulan ke bawah dan miskin (B40).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Permohonan melalui saluran khas ini dibuat terus ke USIM melalui borang khas tanpa melalui permohonan atas talian di Unit Pengambilan Pelajar (UPU) Kementerian Pendidikan,” jelas kenyataan itu hari ini.

Menurut Pusat Komunikasi Strategik USIM, selain perlu menepati kriteria pendapatan isi rumah, pemohon kemasukan khas itu bagaimanapun perlu memenuhi syarat am dan syarat khas pengajian oleh USIM untuk layak dipertimbangkan. 

Pusat Komunikasi Strategik USIM berkata, pada tahun ini sebanyak 367 permohonan awal diterima dan hanya 137 pemohon disenarai pendek untuk menerima tawaran melanjutkan pengajian. 

Kata Pusat Komunikasi Strategik USIM, universiti itu menetapkan kuota pengambilan melalui saluran khas berkenaan seramai 200 pelajar sahaja.

“USIM menyambut baik dan menyokong program kemasukan laluan khas B40 yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan untuk dilaksanakan oleh setiap Universiti Awam. 

“Ia menjadi ‘jambatan’ dan peluang istimewa kepada pelajar kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian di Universiti,” kata kenyataan itu.

Pusat Komunikasi Strategik USIM menerangkan, saluran kemasukan khas B40 secara langsung menjadi medium alternatif bagi pelajar sekolah agama yang cemerlang akademik dari keluarga susah untuk melanjutkan pelajaran ke USIM. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini