Maritim tahan 2 bot nelayan tempatan, 9 warga Indonesia - Utusan Malaysia

Maritim tahan 2 bot nelayan tempatan, 9 warga Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING 19 Sept. – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan dua buah bot nelayan tempatan kelas C dalam Operasi Jaksa kerana melanggar syarat sah lesen di perairan Endau kira-kira dua batu nautika dari Tanjung Kempit, di sini pagi tadi.

Timbalan Pengarah Zon (Operasi) Zon Maritim Mersing, Muhammad Rasul Abu Bakar berkata, operasi yang dijalankan 2.30 pagi turut menahan sembilan awak-awak warga Indonesia dalam bot terbabit untuk siasatan lanjut.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bot tersebut melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen dan Akta Imigresen 1959. Kesemua awak-awak yang ditahan dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Pos Tanjung Gemuk untuk siasatan lanjut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Maritim Malaysia turut mengingatkan komuniti maritim dan orang ramai agar mematuhi undang-undang di laut selain menjaga keselamatan diri dan harta benda terutamanya ketika keadaan cuaca yang tidak menentu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini