Jalaluddin nafi dakwaan bakal keluar UMNO - Utusan Malaysia

Jalaluddin nafi dakwaan bakal keluar UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Jalaluddin Alias menafikan maklumat yang tular di media sosial hari ini bahawa beliau salah seorang daripada 17 pemimpin UMNO yang akan meninggalkan parti itu.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Jelebu dan Ahli Parlimen Jelebu sebaliknya menegaskan tidak pernah merancang, bercadang, berhasrat atau memikirkan tindakan keluar dari UMNO seperti didakwa.

“Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya perkara tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebagai seorang pemimpin yang lahir dan melalui perjuangan dalam ‘kilang UMNO’ serta memenangi Parlimen Jelebu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) atas tiket Barisan Nasional (BN), maka saya tidak akan sekali-kali meninggalkan parti keramat UMNO,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Jalaluddin berkata, beliau akan tetap dengan perjuangan dan mandat kepada UMNO yang diberikan oleh pengundi Parlimen Jelebu pada PRU-14 serta tidak akan menghampakan harapan dan mengkhianati kepercayaan mereka.

Menurutnya, beliau berpegang teguh kepada prinsip mempertahankan parti, malah berkeyakinan UMNO akan kembali menawan hati rakyat kerana mendakwa kerajaan Pakatan Harapan dilihat gagal membela rakyat secara keseluruhan.

“Saya tidak akan sama sekali menjadi seorang yang bacul atau dayus berpolitik dengan tindakan meninggalkan UMNO yang telah berjasa kepada rakyat sejak 72 tahun lalu hanya semata-mata BN tewas dalam PRU-14.

“Saya berharap ahli UMNO di seluruh negara bertenang dan tidak terpengaruh dengan berita-berita palsu yang tersebar di media sosial,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini