Usaha menyelamat mangsa tanah runtuh di Filipina diteruskan - Utusan Malaysia

Usaha menyelamat mangsa tanah runtuh di Filipina diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ITOGON, Filipina – Beratus-ratus anggota pasukan penyelamat Filipina menggunakan penyodok dan tangan untuk menggali di celah-celah tanah runtuh yang dikhuatiri mengorbankan berpuluh-puluh mangsa di rantau yang paling teruk terjejas akibat Taufan Mangkhut.

Setakat ini, seramai 74 orang disahkan terkorban dalam bencana itu.

Taufan paling kuat pada tahun 2018 itu merosakkan banyak kediaman dan menyebabkan kawasan pertanian utama di utara Filipina dilanda banjir. Mangkhut kemudian membadai Hong Kong dan selatan China, membawa angin kencang serta hujan lebat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hong Kong masih belum pulih semalam dengan operasi pembersihan besar-besaran dilakukan bagi mengalihkan pokok-pokok tumbang, membaiki jalan raya dan membetulkan talian elektrik yang rosak.

Taufan ganas itu membunuh empat orang di wilayah Guangdong, selatan China, manakala jumlah kematian di Pulau Luzon, utara Filipina meningkat kepada 74 orang, demikian menurut polis dengan angka korban dijangka terus meningkat.

Kira-kira 40 orang dikhuatiri masih tertimbus di bawah tanah runtuh di Itogon itu yang berlaku pada Sabtu lalu selepas Taufan Mangkhut beredar.

“Usaha menyelamat akan diteruskan sehingga Presiden (Rodrigo Duterte) mengarahkan kami supaya berhenti walaupun harapan untuk menemui mangsa yang masih hidup tipis,” kata Datuk Bandar Itogon, Victorio Palangdan.

Berikutan tanah runtuh itu memusnahkan jalan raya, pihak berkuasa tidak dapat membawa masuk jentera berat ke lokasi bencana bagi mempercepatkan usaha pencarian.

Justeru, pasukan penyelamat dan sukarelawan membentuk rantaian manusia untuk mengeluarkan sisa runtuhan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini