Hina integriti rakyat Malaysia - Utusan Malaysia

Hina integriti rakyat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Sept. – Pelepasan dan pembebasan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng daripada tuduhan kes rasuah disifatkan sebagai satu penghinaan terhadap rakyat.

FAIRUZ EDZUAN JAMALUDDIN
FAIRUZ EDZUAN JAMALUDDIN

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Fairuz Edzuan Jamaluddin mendesak supaya perbicaraan tersebut diteruskan dan pelaku rasuah perlu dikeluarkan daripada sistem berkaitan kuasa untuk mengembalikan kepercayaan rakyat.

“Keputusan Jabatan Peguam Negara menggugurkan pendakwaan kes rasuah melibatkan Guan Eng amat memalukan dan menzahirkan tiada ketelusan dalam sistem perundangan negara,beliau didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebanyak 60 saksi telah dikenalpasti untuk memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut, malangnya, keputusan membebaskan Guan Eng daripada tuduhan tersebut dibuat setelah hanya 25 saksi memberi keterangan, kurang daripada 50 peratus saksi yang telah dipanggil untuk memberi keterangan dan ketirisan tersebut sudah pasti memberi tanda soal kepada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau turut mendakwa keputusan ‘nolle prosequi’ (tidak meneruskan pendakwaan) oleh Jabatan Peguam Negara sebagai tindakan yang tidak berintegriti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini