Tiga penunggang motosikal maut bertembung - Utusan Malaysia

Tiga penunggang motosikal maut bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT 31 Ogos – Tiga penunggang motosikal maut selepas kenderaan dinaiki mereka dipercayai bertembung antara satu sama lain di Jalan Simpang Lima, Parit Sulong di sini awal pagi tadi.

Dalam nahas kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa yang maut ialah Hamirul Neeza Abdul Rahman Justin, 20; Muhamad Hamizi Isak, 18, dan Muhammad Fikri Zulhizir, 18.

Pemangku Ketua Polis daerah, Superintenden KS Mender Singh berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal dinaiki Muhamad Hamizi dari arah Parit Sulong berlanggar dengan motosikal dibawa Muhamad Fikri dari arah bertentangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sementara motosikal dinaiki Hamirul Neeza yang juga dari arah Parit Sulong kemudiannya bertembung pula dengan kedua-dua motosikal terbabit.

“Akibat pelanggaran itu, terdapat salah seorang mangsa tercampak ke pokok di bahu kiri jalan selain ada yang turut terpelanting di bahu kiri jalan dan di tengah jalan. Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini