[VIDEO] Pelantikan Petron salah guna kuasa - Utusan Malaysia

[VIDEO] Pelantikan Petron salah guna kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Ogos – Tindakan kerajaan bersetuju melantik pembekal minyak Petron untuk kenderaan kerajaan didakwa sebagai suatu perbuatan korup dan salah guna kuasa.

Presiden Pemantau Malaysia Baharu (PMB), Datuk Lokman Noor Adam mendakwa, ahli kabinet seakan-akan berdiam diri dan tutup mata dalam mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir yang mengambil langkah sedemikian.

“Ini bukan kali pertama, sebelum ini Tan Sri Mokhzani Mahathir turut mendapat projek daripada Telekom Malaysia (TM) selepas tiga hari menjadi Pakatan Harapan menjadi kerajaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak boleh cakap banyak, pelbagai benda kita sudah buat termasuk aduan menerusi pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi tiada tindakan yang diambil.

“Kita tiada pilihan lain kecuali bangkit untuk menetang kerajaan dan memberi tekanan atau seorang daripada ahli kabinet bangkit untuk tidak terlibat dalam kumpulan yang korup berkenaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Riadah Merdeka 1Malaysia yang turut dihadiri Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Semalam, Kementerian Kewangan melantik Petron Fuel International Sdn. Bhd. sebagai salah satu pembekal minyak untuk kenderaan kerajaan bagaimanapun bukanlah pembekal tunggal minyak petrol dan diesel kenderaan untuk Kerajaan Persekutuan.

Sementara itu, Lokman menggesa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bangkit dan berani mempersoalkan tindakan Dr. Mahathir.

“Saya harap Anwar akan melakukan sesuatu sekiranya beliau berani, kalau dia beranilah tatapi nampak macam tidak berani,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Video oleh MUHAMMAD AZIM ZAID

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini