Jamu anak yatim rai Hari Kebangsaan - Utusan Malaysia

Jamu anak yatim rai Hari Kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 26 Ogos – Seorang pengusaha kedai makan menjamu lebih 200 pelanggan termasuk anak yatim sebagai cara menyambut bulan kemerdekaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Norhazelizan Mamat, 40, berkata, tema sambutan Hari Kebangsaan ke-61 tahun ini iaitu Sayangi Malaysiaku adalah selari dengan moto kedainya sendiri yang beroperasi atas dasar kasih sayang.

Norhazelizan berkata, dia membuka ‘Ayang Cafe’ di Jalan Masjid Langgar di sini sejak empat bulan lalu bersama suaminya, Lokmanul Hakim Ong Abdullah, 50, dan merasakan perlu untuk sentiasa berkongsi rezeki dengan orang lain.

“Sejak kedai ini mula dibuka telah menjadi polisi kami untuk tidak mengenakan bayaran kepada golongan kurang berkemampuan khususnya dari kalangan warga emas.

“Hari ini sempena ambang kemerdekaan kita menjemput anak-anak yatim bersama supaya dapat berkongsi kasih sayang sesama masyarakat tanpa mengira peringkat dan bangsa,” katanya ketika ditemui di program Sambutan Ambang Merdeka di kedainya di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu adalah 40 anak yatim dari sekitar Pasir Pekan, Tumpat.

Norhazelizan berkata, dia menggunakan modal duit simpanan sendiri dan suami berjumlah RM100,000 mengubahsuai kedai supaya lebih selesa dikunjungi pelanggan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini