Beberapa orang cedera, lelaki lepaskan tembakan dalam trem di Belanda - Utusan Malaysia

Beberapa orang cedera, lelaki lepaskan tembakan dalam trem di Belanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMSTERDAM 18 Mac – Beberapa orang cedera selepas seorang lelaki melepaskan tembakan dalam sebuah trem di bandar Utrecht, Belanda, hari ini.

Menurut media tempatan, pasukan polis antikeganasan berada di lokasi kejadian.

“Insiden tembakan, beberapa orang dilaporkan cedera. Bantuan digerakkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia merupakan insiden tembakan dalam sebuah trem. Beberapa helikopter telah dikerah ke lokasi bagi membantu,” kata polis Utrecht menerusi Twitter. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini