Penemuan tong biru gemparkan penduduk Taman Tanjung Puteri Resort - Utusan Malaysia

Penemuan tong biru gemparkan penduduk Taman Tanjung Puteri Resort

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHARU – Penduduk Taman Tanjung Puteri Resort, dekat Pasir Gudang di sini gempar dengan penemuan tujuh tong berwarna biru berbau seperti cuka, di bawah satu jambatan berdekatan Sungai Sembilang di Taman Tanjung Puteri Resort. 

Salah seorang penduduk, Ahmad Roh Ariffin, 50, berkata, penduduk kampung mula sangsi dengan kandungan tong tersebut apabila diberitahu pencari ayam hutan.

“Orang kampung menemui tong biru tersebut pada 14 Mac namun tidak mengambil apa-apa tindakan sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami mula rasa sangsi selepas insiden pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim minggu lalu dan parit tempat tong tersebut bersambung dengan Sungai Kim Kim,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ahmad Roh berkata, beliau telah membuat laporan lima hari lepas kepada pihak berkuasa namun tidak ada sebarang tindakan diambil sehingga ini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini