Jangan terlalu tamak Salah, mainlah sebagai satu pasukan - Carragher - Utusan Malaysia

Jangan terlalu tamak Salah, mainlah sebagai satu pasukan – Carragher

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 18 Mac- Bekas pertahanan Liverpool, Jamie Carragher menegaskan dia kurang gemar dengan sikap mementingkan diri dan tamak diperagakan Mohamed Salah meskipun Liverpool melakar kemenangan 2-1 ke atas Fulham, semalam.

Dua gol The Reds dijaringkan Sadio Mane dan James Milner manakala jaringan tunggal Fulham disumbang Ryan Babel menerusi gol penyamaan pada babak kedua.

Selepas tujuh perlawanan, Salah dilihat masih bergelut mencari sentuhan penyudah, malah terlepas beberapa peluang untuk meledakkan gol dalam perlawanan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, Carragher mengakui Salah telah melakukan banyak perkara hebat bersama Liverpool sejak tiba dari Roma tetapi dia juga perlu bermain sebagai satu pasukan.

“Dia mementingkan diri sendiri dan tamak, tiada keraguan. Rekodnya bersama Liverpool sangat cemerlang dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menjaringkan gol dan mencipta peluang.

“Tiada siapa yang terbabit dalam banyak sumbangan gol musim ini kecuali dia yang sentiasa memberikan tekanan berterusan,” kata Carragher kepada Sky Sports. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini