Brenton Tarrant pernah lawat Israel - Utusan Malaysia

Brenton Tarrant pernah lawat Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV 18 Mac – Suspek utama pembunuhan beramai-ramai di dua masjid di Christchurch New Zealand, Jumaat lalu pernah melawat Israel pada hujung 2016.

 

Reuters yang memetik pegawai rasmi Israel sebagai berkata, aliran data di Jabatan Imigresen Israel mendapati Brenton Tarrant yang memasuki wilayah tersebut pada Oktober 2016 dengan menggunakan visa pelancong tiga bulan itu berada di sana selama sembilan hari.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun pegawai itu tidak mendedahkan sebarang maklumat lain.

Pengganas itu juga dilaporkan pernah melawat Serbia, Montenegro, Bosnia and Herzegovina dan Croatia sebelum ke Eropah Barat pada 2017.

Lelaki warga Australia itu turut melawat lokasi-lokasi bersejarah seperti Bulgaria, Romania dan Hungary. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini