Najib bagi idea PH turun harga telur - Utusan Malaysia

Najib bagi idea PH turun harga telur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Mac – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini diberi ‘petua’ supaya menurunkan harga telur sekiranya mahu harga barangan lain menjadi terkawal dan menjadi lebih rendah.

Datuk Seri Najib Tun Razak (BN-Pekan) berkata, kerajaan tidak akan dapat membuat kawalan harga barangan lain sekiranya gagal menangani harga telur.

“Kalau hendak kawal harga barang, barang keperluan, tolong kawal harga telur. Sebab bila menteri umum harga telur turun dua sen dalam sebuah sidang akhbar yang besar-besaran, hari ini, harga telur AAA menghampiri 50 sen sebiji.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi, kalau harga telur pun tidak boleh kawal, jangan harap nak kawal harga lain,’ katanya sewaktu membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini