CCMB lantik Idris Kechot sebagai Pengerusi - Utusan Malaysia

CCMB lantik Idris Kechot sebagai Pengerusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Mac – Chemical Company of Malaysia Bhd (CCMB) melantik Datuk Idris Kechot, 64, sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif CCMB yang baharu berkuat kuasa hari ini.

CCMB dalam kenyataan hari ini berkata, Idris mempunyai pengalaman selama lebih 30 tahun dalam penilaian ekuiti, dagangan ekuiti dan pengurusan portfolio proprietari dan unit amanah.

Syarikat itu berkata, sebelum menyertai CCMB, Idris merupakan Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Permodalan Nasional Bhd. (PNB), menyelia jabatan pengurusan aset sehingga 31 Disember 2018.

Memuatkan artikel berkaitan…

CCMB berkata, lembaga pengarah yakin Idris berada dalam kedudukan yang baik untuk memikul tanggungjawab baharunya dan memimpin strategi pertumbuhan CCMB untuk memacu pertumbuhan yang mapan dan berharap dapat memanfaatkan daripada pengalaman luasnya.

Ketika ini, Idris juga memegang jawatan sebagai Pengarah di Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd., Syarikat Otomobil Kedua Sdn. Bhd., Pelaburan Hartanah Nasional Bhd. dan Goodyear Malaysia Bhd. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini