Bot karam, dua pemancing hilang - Utusan Malaysia

Bot karam, dua pemancing hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 18 Mac – Dua pemancing dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki mereka karam kira-kira 35 kilometer berhampiran Pulau Layak, Tanjung Gemok, Rompin dekat sini.

Dua pemancing berkenaan ialah, Alfa Rizuan Abd. Aziz dan Azwan Abu Bakar.

Ketua Polis Rompin, Deputi Superintenden Zainal Omar Mahamud berkata, pada pukul 4 oetang 15 Mac lalu di Jeti Sungai Puteri Kuala Rompin, dua mangsa bersama lapan lagi rakannya keluar memancing.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada 16 Mac lalu kira-kira pukul 9 pagi, ketika dalam perjalanan pulang, bot dinaiki pemancing berkenaan dimasuki air dan karam.

“Kira-kira pukul 7 petang, lapan pemancing diselamatkan oleh sebuah bot pukat jerut yang lalu di kawasan itu manakala dua orang lagi hilang semasa bot karam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zainal Omar berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua pemancing berkenaan digerakkan bermula semalam.

“Sehigga kini, dua pemancing yang hilang itu masih belum ditemukan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini