Sultan Selangor arah tutup sekolah tahfiz tidak berdaftar - Utusan Malaysia

Sultan Selangor arah tutup sekolah tahfiz tidak berdaftar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Mac – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar pihak berkuasa menutup sekolah tahfiz swasta yang tidak didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah – UTUSAN ONLINE

Titah baginda, penutupan juga perlu dilakukan ke atas sekolah-sekolah yang tidak mempunyai kokurikulum serta sistem pendidikan akademik moden.


Memuatkan artikel berkaitan…

“Pendidikan tahfiz di Selangor menarik minat ramai ibu bapa dan pelajar. Di Selangor sahaja terdapat 15,000 pelajar tahfiz di 263 sekolah tahfiz swasta yang berdaftar dengan Jais.


“Beta menitahkan sekolah-sekolah tahfiz swasta yang tidak berdaftar dengan Jais dan tidak mempunyai kokurikulum dan sistem pendidikan akademik moden hendaklah ditutup dan ditamatkan perkhidmatannya,” titah baginda ketika Istiadat Perasmian Persidangan Penggal ke-2 Dewan Undangan Negeri Selangor ke-14 seperti dilaporkan portal Free Malaysia Today hari ini. – UTUSAN ONLINE –

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini