16 PGO JBPM seluruh negara siap siaga hadapi kebakaran hutan - Utusan Malaysia

16 PGO JBPM seluruh negara siap siaga hadapi kebakaran hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 18 Mac – Sebanyak 16 Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di seluruh negara kini berada dalam keadaan siap siaga dari segi logistik serta sumber manusia jika berlaku kebakaran hutan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, aset udara milik agensi itu juga berada dalam keadaan siap siaga sekiranya diperlukan dalam operasi pemadaman.

“Cuaca panas dan kering ketika ini dijangka berpanjangan sehingga April. Setakat ini kita melihat kejadian kebakaran hutan dan belukar yang semakin meningkat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada Februari dan bulan ini, banyak penggilan kecemasan melibatkan kebakaran hutan serta belukar,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 di Dewan Sri Mahkota, Ibu Pejabat JBPM negeri di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengarah JBPM negeri, Nor Hisham Mohammad.

Mohammad Hamdan berkata, di negeri ini misalnya, sehingga semalam, sebanyak 680 kes diterima berhubung kebakaran hutan dan belukar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini