Serangan Christchurch: Nazril Hisyam masih trauma - Utusan Malaysia

Serangan Christchurch: Nazril Hisyam masih trauma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS – Nazril Hisham Omar, 49, rakyat Malaysia yang menjadi mangsa tembakan pengganas di Masjid Christchurch, New Zealand pada Jumaat lalu, masih berada dalam keadaan trauma.

Kakak mangsa, Roshimah Abdul Rasid, 57, berkata, meskipun Nazril Hisham Omar, 49, sudah mulai sedar namun dia tidak dapat melihat kelibat anggota keselamatan kerana teringatkan penyerang yang turut mengenakan pakaian seragam ketika insiden tersebut berlaku.

“Nazril Hisyam memang tak boleh langsung nak tengok kelibat polis yang berpakaian seragam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau nampak akan menjadi takut dan tidak selesa. Itu maklumat yang saya dan keluarga terima daripada isterinya (Dr. Zurinawati Mohi, 48,) pagi tadi,” katanya ketika ditemui di Kampung Kiat, Bunut Susu di sini hari ini.

Roshimah memberitahu, adiknya kini sedang mendapat rawatan di Hospital Christchurch dan setakat ini Nazril Hisyam sudah menjalani pembedahan sebanyak dua kali.

Dalam kejadian tembakan pada pukul 1.40 petang Jumaat (waktu tempatan) di Masjid Al-Noor berhampiran Hagley Park dan Masjid Linwood di Christchurch itu mengorbankan 50 nyawa manakala lebih 40 orang cedera.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini