Jenazah bekas wartawan Utusan Malaysia selamat dikebumikan - Utusan Malaysia

Jenazah bekas wartawan Utusan Malaysia selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Jenazah bekas wartawan Utusan Malaysia, Datuk Alang Ahmad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung SC di sini pukul 11.15 pagi tadi.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 80 tahun di Unit Rawatan Rapi Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini pukul 7.50 malam tadi.

Anak bongsunya, Annies Suraya berkata, Allahyarham dimasukkan ke Pusat Perubatan UIAM pada 27 Februari lalu kerana masalah batu karang di saluran hempedu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Batu karang itu menyebabkan banyak komplikasi dalaman. Doktor beritahu, arwah juga mengalami masalah buah pinggang,” katanya.

Allahyarham meninggalkan balu, Normah Che Muhamad, 70, dan enam orang anak serta cucu.

Beliau berkhidmat selama 31 tahun dalam bidang kewartawanan sebelum berpencen pada 1994 dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Pahang.

Allahyarham pernah melaporkan kemunculan semula pahlawan Mat Kilau yang ditemui di daerah ini seperti diterbitkan akhbar Utusan Malaysia pada 31 Disember 1969, sekali gus menggemparkan negara.

Selain itu, Allahyarham juga aktif sebagai Pengerusi Persatuan Sejarah Pahang sejurus berpencen. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini