Penyokong Jokowi-Ma’ruf panik jumpa beg berisi pakaian - Utusan Malaysia

Penyokong Jokowi-Ma’ruf panik jumpa beg berisi pakaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 18 Mac – Penemuan beg kecil berwarna hitam di Rumah Aspirasi semalam mencetuskan rasa panik dalam kalangan penyokong calon pilihan raya Presiden Indoensia 2019, Joko Widodo dan Ma’ruf Amin.

Detik News melaporkan, beg kecil itu ditemukan pada pukul 7.30 malam waktu tempatan di Rumah Aspirasi dan sehubungan itu, pasukan polis memasang pita keselamatan di sekitar lokasi penemuan agar tidak didekati mana-mana pihak.

Ketika ditemukan, beg tersebut diletakkan atas rumput.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun, hasil siasatan polis mendapati beg tangan mencurigakan tersebut sebenarnya adalah beg berisi pakaian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini