Chelsea perlu ubah mentaliti - Sarri - Utusan Malaysia

Chelsea perlu ubah mentaliti – Sarri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL 18 Mac – Maurizo Sarri mengakui dia berasa bimbang dengan mentaliti pasukannya selepas mereka tumpas 0-2 kepada Everton sekali gus merosakkan harapan mereka untuk menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam kelompok empat pasukan terbaik.

Richarlison dan Gylfi Sigurdsson masing-masing meledak satu gol di Goodison Park untuk membantu Everton mencatat kemenangan pertama terhadap enam pasukan teratas dalam 26 perlawanan, kali terakhir pada Januari 2017.

“Saya bimbang dengan mentaliti kami. Saya rasa situasinya jelas. Kami mungkin bermain 45 minit yang terbaik musim ini, tetapi tiba-tiba di babak kedua, kami berhenti bermain. Saya tidak tahu kenapa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami bermain sangat baik sehingga minit terakhir babak pertama, tetapi bertukar sebaliknya pada minit pertama di babak kedua. Sukar untuk saya menjelaskan perubahan ini, mungkin disebabkan mental pemain saya fikir,” kata Sarri.

Richarlison meletakkan pasukan tuan rumah pada minit ke-49 selepas penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga gagal menangkap kemas tandukan Dominic Calvert-Lewin sebelum penyerang Brazil itu mengambil tindakan susulan.

Arrizabalaga berjaya menyelamatkan percubaan berbahaya daripada Andre Gomes malah menafikan penalti Sigurdsson pada minit ke-71 setelah Marcos Alonso memijak kaki Richarlison. Bagaimanapun pemain Iceland itu pantas menyambar bola yang ditepis Arrizabalaga untuk menjaringkan gol kedua Everton.

“Buat masa sekarang, ini halangan kami. Saya fikir kerana jika kami boleh bermain seperti babak pertama dengan konsisten, saya dikir kami boleh berada di posisi lain dalam kedudukan liga namun kami ada masalah seperti ini.

“Ini halangan terbesar kami sebab kami tewas kepada Wolves dengan situasi lebih kurang sama, hari ini kami tewas lagi jadi buat masa sekarang ini masalah terbesar kami,” kata Sarri. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini