SYDNEY 18 Mac – Pasukan polis anti keganasan Australia menyerbu dua buah rumah yang dikaitkan dengan suspek serangan tembakan di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand pada Jumaat lalu.
Kedua-dua rumah tersebut terletak di pekan Sandy Beach dan Lawrence di New South Wales iaitu tempat suspek, Brenton Tarrant membesar.
Tujuan serbuan adalah untuk mencari bahan bukti yang boleh digunakan untuk membantu pasukan polis New Zealand melakukan siasatan rapi. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











