RM2 juta laksana tiga projek kecemasan di Terengganu - Utusan Malaysia

RM2 juta laksana tiga projek kecemasan di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 17 Mac – Rakyat Terengganu menerima khabar gembira dengan persetujuan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang meluluskan peruntukan RM2 juta bagi pelaksanaan tiga projek kecemasan di negeri ini dalam masa terdekat.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin, sebanyak RM500,000 diperuntukkan kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bagi kerja-kerja memasang pagar di Pulau Warisan di sini termasuk menyediakan kemudahan tandas dan surau di lokasi tumpuan pengunjung itu.

Katanya, baki RM500,000 lagi disalurkan untuk pembinaan sebanyak 212 lot tambahan di premis sementara Pasar Besar Kedai Payang 2 berikutan projek pembangunan semula di premis asal, Pasar Besar Kedai Payang 1.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu kita turut meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk projek pembinaan stesen teksi dan bas di Jerteh bagi menggalakkan sektor pelancongan di negeri ini,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Keselamatan Kebakaran bersama Sedia Urus Suri Rumah (Suri) di ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad; Timbalan Ketua Pengarah Operasi JBPM, Datuk Amer Yusof dan Pengarah JBPM Terengganu, Azlimin Mat Noor. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini