Jumpa tengkorak manusia dalam hutan - Utusan Malaysia

Jumpa tengkorak manusia dalam hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Satu tengkorak manusia ditemui di sebuah kawasan hutan berhampiran Taman Intan Perdana dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, tengkorak itu ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 6 petang.

“Balai Polis Teluk Kemang menerima panggilan telefon petang semalam mengenai penemuan satu objek disyaki tengkorak di kawasan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Anggota polis telah pergi ke lokasi kejadian bersama pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Aidi Sham berkata, kes penemuan tengkorak itu setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut, namun siasatan lanjut masih diteruskan.

Kata beliau, polis meminta orang ramai menghubungi balai polis berhampiran jika ada kehilangan ahli keluarga sejak enam bulan lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini