Lelaki Islam diserang di luar masjid di London - Utusan Malaysia

Lelaki Islam diserang di luar masjid di London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 17 Mac – Beberapa jam selepas insiden serangan dua masjid di Christchurch, New Zealand berlaku, seorang lelaki cedera diserang dengan tukul besi dan kayu baton di luar sebuah masjid di timur London kelmarin.

Menurut beberapa saksi, tiga lelaki melaungkan kata-kata berunsur Islamofobia ketika melalui kawasan masjid yang terletak di Cannon Street Road.

Kesemua lelaki tersebut juga melabel umat Islam yang menunaikan solat Jumaat sebagai ‘pengganas’.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kemudian, beberapa lelaki Islam mengikut kenderaan suspek sebelum sorang daripadanya keluar dari kereta dan memukul mangsa menggunakan tukul.

Mangsa yang berusia 27 tahun cedera di bahagian kepala. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini