Cuaca panas: Pengusaha ikan patin resah, sangkar mula tersadai - Utusan Malaysia

Cuaca panas: Pengusaha ikan patin resah, sangkar mula tersadai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH 17 Mac – Cuaca panas berterusan sehingga menyebabkan Sungai Pahang semakin cetek meresahkan penternak ikan patin dalam sangkar di daerah ini yang terpaksa menanggung kerugian akibat ternakan mati setiap hari.

Tinjauan Utusan Malaysia di Kampung Pangsenam di sini hari ini mendapati, banyak sangkar ikan ‘terangkat’ dan berada di atas tanah malah ada antara sangkar telah kering.

Seorang penternak ikan patin, Mohamad Rohaidi Ramli,38, berkata, keadaan air yang cetek menyebabkan dia terpaksa memindahkan ikan patin ke sangkar lain yang masih mempunyai air.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keadaan panas berterusan menyebabkan kira-kira 15 ekor ikan patin mati di setiap sangkar ikan setiap hari menyebabkan kami berasa terbeban,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penternak ikan dalam sangkar, Hafiz Halim,33, berkata, dia terpaksa mengeluarkan kos tambahan bagi menutup sangkar ikannya bagi mengelakkan ikan daripada mati ekoran panas berterusan.

Katanya, dengan keadaan panas berterusan dia tidak mempunyai pilihan lain dan bersedia menjual ikan dengan harga yang murah sekiranya air semakin cetek.

“Setiap hari ada sahaja ikan yang mati dan pagi tadi saya sudah membuang lebih 20 ekor ikan,”ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini