SKM giat tambah keahlian koperasi - Utusan Malaysia

SKM giat tambah keahlian koperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU 16 Mac – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyasarkan pertambahan ahli kira-kira 15,000 orang setahun bagi melonjakkan sektor itu dalam perniagaan berskala besar.

Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Nordin Salleh berkata, ketika ini, seramai 6.5 juta orang ahli direkodkan sehingga tahun lalu yang meliputi 14,245 koperasi di seluruh negara.

Menurutnya, pertambahan itu penting kerana sektor koperasi yang sering dilihat hanya bertaraf ‘kekampungan’ sebenarnya memainkan peranan penting kepada asas ekonomi negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita kini sedang melakukan dua proses iaitu pembersihan bagi memperkemas keahlian yang ada dan pada masa sama giat menubuhkan koperasi-koperasi baharu.

“Secara purata, pertambahan ahli adalah kira-kira 12,000 ke 15,000 orang setahun dan kita juga menyasarkan untuk menubuhkan koperasi yang lebih ramai ahli seperti koperasi tentera yang mencecah hingga ratusan ribu orang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Rawatan Mahsuri yang diusahakan Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad (KGMKB) di Jitra, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi KGMKB, Ahmad Rusli Din.

Tambah Nordin, jumlah perolehan koperasi setakat ini sebanyak RM42.05 bilion, manakala aset terkumpul koperasi di seluruh negara mencecah RM140.39 bilion. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini