20 individu termasuk kanak-kanak terkandas dalam lif PPUM - Utusan Malaysia

20 individu termasuk kanak-kanak terkandas dalam lif PPUM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kira-kira 20 individu termasuk kanak-kanak berdepan detik cemas selepas terkandas dalam lif kargo Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini hari ini.

Selain itu, ada antara mereka terpaksa diberikan bantuan gas oksigen ketika berada di dalam lif berikutan mengalami sesak nafas akibat terkandas hampir satu jam.

Difahamkan, lif dinaiki mereka mengalami kerosakan teknikal pada pukul 12 tengah hari dan tersangkut di antara tingkat tujuh dan lapan Menara Selatan hospital tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur,  Nordin Pauzi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.04 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai dan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi pada pukul 12.14 tengah hari, kita dapati 20 mangsa itu terdiri daripada 13 orang dewasa, tiga kanak-kanak lelaki serta empat kanak-kanak perempuan terkandas dalam lif berkenaan.

“Pihak bomba terpaksa memotong kabel pintu lif sebelum menurunkan lif secara manual berikutan dinding sisi kabin lif tercabut manakala pintunya pula mengalami kerosakan akibat geseran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan semua mangsa berjaya diselamatkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini