SAS sasar juara Bahas PPM 2019 - Utusan Malaysia

SAS sasar juara Bahas PPM 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mac – Walaupun tewas kepada pasukan bahas bahasa Melayu Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) tahun lalu, namun pasukan Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) berazam menebus kembali kekalahan pada peringkat akhir itu.

Dibarisi oleh pelajar tingkatan lima iaitu Muhammad Farees Ashraf Noh, 17 dan dua pelajar tingkatan empat Muhammad Ammar Akrimi Azman, 16, serta Muhammad Haziq Hakimi Hamdan, 16, mereka meletakkan keyakinan tinggi pada pertandingan tahun ini.

Menurut ketua pasukan, Muhammad Farees Ashraf, cabaran pada tahun ini adalah mencari identiti pasukan baharu serta membina persefahaman sesama ahli kumpulan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tahun ini pasukan kami ada yang berpengalaman dan ada yang masih baharu, namun, kami tidak menjadikan ia satu halangan sebaliknya menyertai pertandingan luar sebagai sesi pemanas badan sebelum menyertai Bahas PPM kali ini.

“Contohnya, pada bulan lalu kami menyertai Cabaran Debat Zaaba anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia dan berjaya mendapat naib johan,” katanya ketika ditemui Utusan Online di sini hari ini.

Pusingan awal Bahas PPM 2019 kali ke-46 peringkat Zon D itu diadakan di Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur di sini hari ini.

Sebanyak 16 pasukan terlibat antaranya ialah Kolej Islam Sultan Shah, Sekolah Menengah Sains Banting dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam.

Pusingan akhir akan diadakan di Sekolah Menengah Sains Rembau, Negeri Sembilan pada Julai nanti.

Tambah Muhammad Farees Ashraf yang turut memberikan peringatan kepada pasukan MCKK supaya berjaga-jaga dengan pasukan SAS tahun ini.

“Nantikan kebangkitan kami pada tahun ini malah, kami tidak gentar mencabar juara tahun lalu (MCKK),” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini