Sanggup beratur 12 jam, gara-gara Adidas Yeezy - Utusan Malaysia

Sanggup beratur 12 jam, gara-gara Adidas Yeezy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mac – Pusat beli-belah terkemuka Pavillion, di sini dibanjiri ratusan anak muda yang tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan sepasang kasut Adidas Original Yeezy Boost 350 V2 Hyperspace yang dijual di outlet JD Sports.

Kehadiran mereka dilihat berasak-asak dan sanggup beratur panjang selama 12 jam bermula pukul 10 malam tadi meskipun premis berkenaan mula dibuka pada pukul 10 pagi ini.

Difahamkan, premis itu bakal menawarkan edisi terhad bagi model tersebut yang dijual pada harga di bawah pasaran iaitu RM990 sepasang.

Memuatkan artikel berkaitan…

 

Tidak dapat dipastikan berapa jumlah kasut yang ditawarkan sempena pelancaran itu pada pagi ini dan difahamkan penganjur mampu menawarkan sepasang sahaja untuk setiap individu sehingga stok terakhir habis dijual.

Kasut berkenaan dikatakan menjadi trend terkini dalam kalangan anak muda disebabkan rekaan dan kelainan yang dimiliki termasuk material yang digunapakai selain teknik pembuatannya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini