Instafamous sahut cabaran 24 jam - Utusan Malaysia

Instafamous sahut cabaran 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mac – ‘Instafamous’, media dan orang awam antara peserta yang berentap merebut hadiah lumayan dalam program Cabaran 24 Jam yang memerlukan mereka menggunakan lima trip mod pengangkutan awam dari KL Sentral hari ini untuk tiba ke Langkawi esok.

Pertandingan yang julung kali dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Kementerian Pengangkutan (KSKKP) itu diadakan sempena mempromosi Pameran Antarabangsa Maritim dan Angkasa Langkawi 2019 (LIMA’19) yang akan berlangsung pada 26 hingga 30 Mac depan.

Sebanyak 15 pasukan yang diwakili dua peserta bagi setiap kumpulan perlu membuat lima trip perjalanan menggunakan pengangkutan awam yang berbeza termasuk tren, kapal terbang, feri, Grab atau teksi dengan masa maksimum 24 jam untuk tiba ke titik akhir iaitu di Hotel Adya Chenang, Langkawi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semua peserta diwajibkan untuk memuat naik gambar swafoto atau video di Facebook dan Instagram menggunakan #FantastikLIMA19 #FuntasticLIMA19 #jomgerak #letsmove serta tag lokasi di setiap tempat gambar yang diambil sebagai bukti penggunaan pengangkutan awam bagi setiap perjalanan.

Setiap kumpulan bakal merebut hadiah utama iaitu wang tunai RM3,000 dan dua tiket penerbangan pergi balik ke Bangkok tajaan Malaysia Airlines (MAS) manakala tempat kedua akan memenangi wang tunai RM2,000 dan dua tiket penerbangan pergi balik ke Jakarta.

Bagi tempat ketiga, pemenang akan menerima wang tunai RM1,000 dan penerbangan pergi balik ke Singapura manakala peserta yang mengambil gambar dan membuat video paling kreatif juga akan menerima hadiah wang tunai RM1,000.

Penyampaian hadiah bagi pertandingan ini akan berlangsung pada majlis penutup di Hotel Adya Chenang Langkawi, pada pukul 8 malam, esok. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini