Perkasa ingatkan Tun Dr. Mahathir - Utusan Malaysia

Perkasa ingatkan Tun Dr. Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mac – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diingatkan sekali lagi supaya tidak melupakan janji manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk mengukuhkan tadbir urus dan integriti dalam pentadbiran negara.

Ingatan itu disuarakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) susulan keputusan Dr. Mahathir selaku Pengerusi PH mengekalkan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee selaku Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Timbalan Pengerusi Biro Integriti dan Anti Rasuah Perkasa, Syed Mohd. Shahriman Syed Badrishah berkata, jawatan yang dipegang Ronald sejak 7 Ogos tahun lalu itu harus dilepaskan susulan tindakannya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami mengjangkakan akan ada ancaman terhadap integriti Jawatankuasa PAC sekiranya jawatan Pengerusinya tetap dipegang oleh wakil kerajaan.

“Tindakan ini secara tidak langsung membuka ruang dan peluang ke arah ketirisan dalam tadbir urus kewangan negara yang boleh mengakibatkan kerugian yang besar kepada rakyat negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir pada sidang akhbar berkata, Ronald tidak perlu meletak jawatan sebagai Pengerusi PAC walaupun jawatan itu untuk Ahli Parlimen pembangkang kerana ia tidak membabitkan dasar dalam kerajaan dan sebahagian daripada perlembagaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini