KUALA LUMPUR 15 Mac – Sebanyak 5,000 tawaran pekerjaan ditawarkan kepada semua golongan bagi merebut peluang kerjaya di Selangor Mega Job Fair 2019 di Dewan A, Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), hari ini.
Lebih 180 syarikat berdaftar dan badan beruniform akan menyediakan tawaran pekerjaan kepada para pengunjung.
Pameran kerjaya berkenaan akan bermula pada pukul 9 pagi sehingga 5 petang dan masuk adalah percuma.
Memuatkan artikel berkaitan…
Pengunjung yang hadir dinasihatkan untuk membawa salinan resume, sijil-sijil atau dokumen berkaitan dan kad Orang Kurang Upaya (OKU) kerana jurubahasa isyarat turut disediakan. – UTUSAN ONLINE











