Insiden tembakan di Christchurch tidak berperikemanusiaan - Utusan Malaysia

Insiden tembakan di Christchurch tidak berperikemanusiaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 15 Mac – Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka) mengutuk sekeras-kerasnya insiden serangan ganas menembak umat Islam di masjid di Christchurch, New Zealand semalam yang mengakibatkan sejumlah besar terkorban dan cedera.

Presiden Peka, Datuk Paduka Zuhairi Ab. Kadir berkata, serangan itu bercanggah dengan ajaran Islam yang mana agama tersebut membawa kesejahteraan kepada seluruh umat manusia.

“Sama ada penembak itu tidak siuman atau memang ia sebenarnya fobia kepada Islam (Islamofobia) sehingga berani melepaskan tembakan tanpa ada rasa belas kasihan dan perikemanusiaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Peka mengucapkan takziah kepada mangsa dan keluarga yang terlibat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, dalam kejadian tersebut umat Islam di Masjid Al-Noor, Hagley Park dan Masjid Linwood, New Zealand ditembak secara rambang.

Insiden tersebut menyebabkan 49 maut manakala 48 cedera parah setakat dilaporkan semalam.

AFP hari ini melaporkan, suspek utama insiden tembakan di Christchurch semalam, Brenton Tarrant didakwa di mahkamah hari ini atas kesalahan membunuh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini