Belum perlu keluar nasihat perjalanan - Utusan Malaysia

Belum perlu keluar nasihat perjalanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 16 Mac – Belum ada keperluan untuk kerajaan mengeluarkan nasihat perjalanan ke New Zealand berikutan insiden serangan ganas menembak umat Islam di masjid di Christchurch semalam.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, buat masa ini tiada keperluan berbuat demikian kecuali kerajaan New Zealand sebagai pihak berkuasa negara itu mengeluarkannya.

“Memanglah kita akan mengeluarkan nasihat perjalanan pada masa-masa tertentu jika berlaku sesuatu peristiwa, kerajaan tempatan tidak keluaran tetapi kita keluarkan nasihat perjananan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setakat ini tiada keperluan tersebut. Sebab itu kita hantar atase tentera kita ke sana untuk melihat keadaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota Utama di sini hari ini.

Dalam kejadian tembakan di Masjid Al-Noor Mosque dekat Hagley Park dan Masjid Linwood di Christchurch, New Zealand
kira-kira pukul 1.40 petang waktu tempatan semalam, 49 orang dilaporkan terbunuh dan lebih 40 cedera. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini