Cech idam jumpa Chelsea di final Liga Europa - Utusan Malaysia

Cech idam jumpa Chelsea di final Liga Europa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 16 Mac – Petr Cech berkata dia mengimpikan untuk menamatkan kariernya menjuarai Liga Europa dengan harapan bertemu bekas pasukannya, Chelsea di pentas final kejohanan tersebut di Baku.

Jika berlaku, itu akan menjadi derby pada hujung musim di Azerbaijan memandangkan dua kelab London itu terpisah daripada bertemu di peringkat suku dan separuh akhir.

Arsenal akan bertemu Napoli manakala Chelsea akan menentang Slavia Prague yang mengejutkan juara lima kali, Sevilla dalam pusingan sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Impian saya semakin menjadi nyata. Imipan saya adalah bersara dengan trofi di tangan. Pemain memberi peluang untuk saya menamatkan karier seperti ini. Perjalanan masih jauh namun dengan persembahan seperti ini, kami mampu bersaing.

“Sebaik sahaja permainan bermula anda boleh lihat pasukan beraksi dan berjuang bersama. Apabila anda bermain seperti kami lakukan, anda tahu anda ada peluang untuk mara. Kami menjaringkan gol penting dan kekal tidak dibolosi,” kata penjaga gol The Gunners itu.

Cech akan menginjak usia 37 tahun pada Mei ini, sembilan hari sebelum ginal Liga Europa di Baku dan telah mengumumkan mahu bersara pada hujung musim ini.

Dia pernah memenangi beberapa kejohanan utama sepanjang 11 tahun bersama Chelsea termasuk Liga Europa pada 2013 sebelum menyertai Arsenal dua tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini